Skip to main content

4 Oktober 2025 Dungun Terima kasih kepada Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia yang dijemput dan hadir ke Pusat Latihan Polis PULAPOL Dungun pada 4 Oktober 2025 bagi meraikan pegawai dan anggota Polis Bantuan yang berjaya menghabiskan kursus asas KAPB selama sembilan(9) minggu sehingga tamat latihan dengan jayanya.

Intipati ucapan Tuan SAC Ismadi Bin Borhan KPP Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman

Kursus Asas ini adalah titik permulaan bagi transformasi Polis Bantuan dari orang awam kepada seorang pegawai polis. Anggota Polis Bantuan haruslah bersedia meningkatkan kemahiran diri dalam menghadapi cabaran kerja dan menjadi perintis kepada kemajuan agensi masing-masing

Seorang anggota Polis Bantuan hendaklah memertabatkan disiplin sebagai tonggak perkhidmatan kepolisan dalam menjaga keselamatan dan kepentingan majikan.

Polis Bantuan turut memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan negara dan ini jelas dalam trajedi Lahad Datu 2013.

Ilmu yang dipelajari haruslah dimanfaatkan untuk kepentingan majikan, masyarakat dan negara amnya. Seorang anggota wajib menjaga integriti diri dan imej Pasukan dan perlu bersedia berkhidmat dalam apa jua situasi.

Terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Presiden MAPA yang berkongsi maklumat ini.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TAMAT LATIHAN.

SYABAS & TAHNIAH !!

AJK Siaraya / Media