Skip to main content

Khamis 24 Julai 2025, Kuala Terengganu – Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Penyediaan Silibus Kursus Lanjutan Polis Bantuan (PB), Certified Security Guards (CSG) dan Agensi Penguatkuasa telah dilakukan oleh YDh Tuan SAC Ahmad Asmadi bin Abd Hashim, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Latihan/Peperiksaan/Kompetensi Bukit Aman.

Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Latihan Bukit Aman telah bermula pada 21 Julai 2025 (Isnin) hingga 25 Julai 2025 (Jumaat) diadakan di RAIA Hotel Kuala Terengganu.

Persatuan Polis Bantuan Malaysia telah diwakili oleh Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad Presiden MAPA, Tuan Haji Rosarnizam Othman AMP MAPA Sabah, Tuan Zakaria Ishak AMP MAPA Selangor, Tuan Haji Rozali Awang AMP MAPA Pahang.

Manakala PIKM diwakili oleh Dato’ Seri Shah Harizal Bin Kamarudin Ketua Biro Pembangunan Sistem Latihan PIKM dan Datuk Hj. Mhd. Tahir Bin Hj. Mohd Noah Pengerusi PIKM Negeri Johor.

Bahagian Latihan selaku penganjur telah menyenaraikan Pegawai Kanan PDRM daripada Pusat Latihan Polis (PULAPOL) seluruh Malaysia seramai 25 orang sebagai peserta untuk memberi maklumat dan bekerjasama menambahbaik silibus yang sedia ada dan cadangan baru mengikut keperluan masa kini.

Terima kasih kepada urusetia bengkel diketuai oleh SUPT Johar Bin Dasuki Ketua Pegawai Latihan (Belanjawan/Naziran), DSP Zulkefli Bin Kamis Penolong Pegawai Latihan (Kursus Dalaman), dan ASP Noraini Abdullah (Unit Latihan Bukit Aman).

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar kenangan semasa bengkel berlangsung yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan (Latihan Bukit Aman).

Semoga penyediaan Silibus Latihan Lanjutan Polis Bantuan akan dapat membantu pegawai dan anggota menambah pengetahuan untuk bekerja dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

TAHNIAH PDRM & MAPA !!



AJK Siaraya / Media