Pada 03 Julai 2025 Khamis, YBrs. Encik Nur Hasmin Bin Kamarolzaman Pengurus Besar TBSB dan AMP Kelantan Tuan Wan Mohd Syamsul Wan Mamat yang juga merupakan Ketua Keselamatan TBSB telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Dato’ Haji Mohd Yusoff Bin Mamat, Ketua Polis Kelantan.
Perjumpaan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan lebih akrab di antara agensi Polis Bantuan TBSB Kelantan dan PDRM.
Diharapkan kunjungan hormat ini dapat menghasilkan impak positif berkaitan peranan Polis Bantuan yang bertugas di Pelabuhan TBSB.
Semoga aktiviti agensi Polis Bantuan TBSB yang kini berdaftar sebagai ahli di bawah payung MAPA ini akan berkembang maju serta mendapat bimbingan dan kerjasama penuh daripada PDRM Kontinjen Kelantan.
SELAMAT MAJU JAYA PB TBSB.



AJK Siaraya / Media