Pada 12 Jun 2025 Khamis, Ahli Majlis Pentadbir MAPA yang diketuai oleh Presiden MAPA YBhg Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad telah menerima jemputan YBrs. Encik Nur Hasmin Bin Kamarolzaman Pengurus Besar TBSB untuk mengadakan mesyuarat AMP MAPA kali ke IV di Tok Bali Supply Base (TBSB) Pasir Puteh, Kelantan.
Ahli Majlis Pentadbir telah diraikan dalam lawatan tersebut di mana pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak pengurusan TBSB. Tujuan jemputan lawatan ini adalah untuk pihak pengurusan TBSB memperkenalkan perkhidmatan syarikat TBSB kepada Ahli Mesyuarat MAPA dan juga aktiviti Polis Bantuan TBSB.
Di akhir perjumpaan, Dato’ Presiden, Timbalan Presiden Tuan Wan Ahmad Husaini dan Setiausaha Kehormat Tuan Akmar Dewa serta lima belas(15) orang AMP MAPA yang hadir dalam mesyuarat serta lawatan tersebut merakamkan jutaan terima kasih di atas undangan Pengurus Besar TBSB dan perkongsian pengalaman yang menarik mengenai operasi syarikat TBSB kepada delegasi MAPA.
Semoga perkenalan ini dapat merapatkan hubungan baik di antara ahli persatuan MAPA yang berdaftar dengan Persatuan Polis Bantuan Malaysia.






AJK Siaraya / Media