Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sabtu 23 OGOS 2025, Kuala Lumpur – Satu Pertandingan Tenpin Boling yang dianjurkan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) 2025 telah diadakan di Alam Lanes, Kuala Lumpur, Sri Petaling (Endah Parade) dirasmikan oleh Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia.
Pertandingan ini telah dimeriahkan dengan penyertaan dari pasukan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK Bukit Aman dan JPJKK Latihan) serta daripada agensi-agensi ahli MAPA. Agensi Polis Bantuan yang hadir termasuk pasukan boling dari Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia Bhd, DRB HICOM Berhad, Epic Berhad, FGV Team, Sime Darby Property Berhad, Jambatan Kedua, Lembaga Tabung Haji, Malaysia Aiports (AVSEC), TB Supply Base Shd Bhd, Universiti Malaya, UiTM, Prasarana, Taylor’s University, UCSI Group, dan Westports Malaysia Sdn Bhd.
Johan kategori Perseorangan Lelaki dimenangi oleh En. Suhaimi Bin Abd Rahman dari Taylor’s University dengan purata jatuhan pin sebanyak 207.5 diikuti oleh Naib Johan En. Sokri Bin Sulaiman dari Team A UiTM dan Pemenang Tempat Ke-tiga En. Zikrullah Bin Ramli dari Team A Malaysia Airpport (AVSEC).
Manakala, Johan kategori Perseorangan Wanita dimenangi oleh Puan Norazah dari Team B Prasarana dengan purata jatuhan pin sebanyak 179.0 diikuti oleh Naib Johan Puan Nurul Syifaa Binti Ishak dari Team B Malaysia Airpport (AVSEC) dan Pemenang Tempat Ke-tiga Puan Nik Nor Suhaila Binti Nik Harun dari Team A Sime Darby Property Berhad
TAHNIAH & SYABAS kepada Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, Setiusaha Kehormat, Bendahari dan AMP MAPA Sesi 2025/2026 khususnya Tuan Zakaria AMP Selangor yang berjaya menyusun atur program pertandingan dengan jayanya.
TAHNIAH kepada semua pemenang bagi tahun 2025!
Moment bergambar untuk kenangan sepanjang kejohanan boleh didapati melalui pautan berikut,
https://drive.google.com/drive/folders/1nY51CVdVjlm6NEE4aeZKQFfKd9PZly4n?usp=sharing

























AJK Siaraya / Media