Program Sukan & Aktiviti Lasak Tahunan anjuran Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) kali ke-2 tahun 2025 telah diadakan di Akademi Kecemerlangan Minda & Fizikal (AKAL), Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Sebanyak 32 Agensi terlibat dengan 74 orang peserta telah hadir menyertai sukan & aktiviti lasak MAPA 2025. Pertandingan yang diadakan termasuk:
- Paint Ball berpasukan (4 orang per pasukan)
- Bolatampar secara liga (9 orang se pasukan)
- Menembak berpasukan
- Team Building (Berkayak / Rempuh halangan)
Perasmian Penutup dilakukan oleh Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad, Presiden MAPA pada jam 1.00 tengahari disaksikan oleh Ketua Keselamatan dari Agensi-agensi Polis Bantuan Malaysia serta peserta pertandingan.
Terima kasih Dato’ Presiden di atas komitmen dan kesudian menghadiri program bagi meraikan peserta.
Syabas dan terima kasih kepada pihak AKAL yang memberi kerjasama yang baik dan menjadi urusetia program bagi membantu Pengarah Program Tuan SUPT/PB Faizul, AMP Kuala Lumpur.
Tahniah dan terima kasih juga kepada Ahli Pentadbir MAPA, terdiri daripada Tuan Wan Ahmad Husaini Timbalan Presiden, Tuan Akmar Dewa Setiausaha Kehormat, Tuan Haji Wan Shamsul Bendahari, Tuan Kapt.(B) Hasbullah Penolong Setiausaha, Tuan Haji Rozali AMP Pahang, Tuan Zakaria AMP Selangor dan Tuan Thina AMP Negeri Sembilan yang turut hadir memberi sokongan bagi menjayakan program tahunan ini.
Terima kasih di atas kerjasama agensi yang menyertai program ini dengan semangat ukhwah dan muhibbah.
Disertakan link pautan dan gambar-gambar program untuk tatapan dan kenangan.
https://feldaglobal-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/myatim_mn_fgvholdings_com/EgcCiLvGPy1Hq7gUsmnZM3EBHb8w433ZmaTQMMD6kfJUFg?e=d9XlGb













JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.
AJK Siaraya / Media